Sunday, December 14, 2008

Siapa yang sebaiknya menggunakan panduan ini?

Siapa yang sebaiknya menggunakan panduan ini?

Sasaran pengguna dari Panduan instalasi Server Core pada Windows Server 2008 adalah :

1.Pentadbir rangkaian Komputer
2.Profesional IT
3.Pengajar-pengajar IT
4.Personal yang ingin menambah ilmu pengetahuan server mereka.
5.Perancang IT dan juru analis IT.
6.Pelajar-pelajar MCSE.
7.Pelajar-pelajar IT.

Apa yang baru pada pilihan instalasi Server Core?

Pilihan instalasi Server Core pada Windows Server 2008 memerlukan konfigurasi awal melalui command prompt. Penggunaan GUI tidak digunakan dalam teknik instalasi Server Core. Teknik yang digunakan adalah secara penetapan command prompt menggunakan penyambungan secara terminal server .Dalam Teknik ini adalah boleh menetapkan server secara remote menggunakan Microsoft Management Console (MMC) atau command-line yang menyokong penggunaan secara remote.

Apa itu instalasi Server Core?

Pilihan instalasi Server Core adalah sebuah pilihan baru yang dapat anda gunakan untuk menginstall Windows Server 2008. Instalasi Server Core menyediakan fungsi server tertentu pada keadaan minimum bagi mengurangkan keperluan penjagaan dan penetapan serta serangan untuk fungsi server tersebut.
Antara Perkhidmatan yang dibekalkan oleh Windows Server core adalah seperti berikut;

1. Active Directory Domain Services (AD DS)
2. Active Directory Lightweight Directory Services (AD LDS)
3. DHCP Server
4. DNS Server
5. File Services
6. Print Services
7. Streaming Media Services
8. Web Server (IIS)

Untuk memenuhi fungsi-fungsi tersebut, pilihan instalasi Server Core hanya menginstal subset dari file binari yang diperlukan oleh fungsi server yang disokong. Sebagai contoh,shell Explorer tidak diinstal sebagai bahagian dari instalasi Server Core. Sehingga, interface user standard untuk server yang menjalankan instalasi Server Core adalah command prompt.

Panduan Instalasi Windows Server 2008

Panduan ini merupakan langkah demi langkah yang mengandungi arahan-arahan yang diperlukan ketika ingin membangun Sebuah server yang berplatform menggunakan sistem operasi Windows Server® 2008. Hal ini meliputi cara menginstal dan Konfigurasi awal dari instalasi Server Core, menginstal ciri-ciri dan fungsi server serta menguruskan sebuah server yang menjalankan instalasi Server Core.